Like us for get Notifications

2 GAMBAR Elfira Loy bertudung sangat mengancam



Elfira Loy merupakan salah seorang selebriti wanita kegemaran Abang Nara. Wajahnya yang comel, keningnya yang tebal dan perwatakannya yang sangat ‘cute’ menyebabkan Abang Nara jatuh hati dengannya. Lakonannya pun not bad. Orang kata, ‘beauty with a brain’.



Apabila Baim Wong mengaku bercinta dengan Elfira Loy, Abang Nara adalah antara salah seorang daripada jutaan peminat si comel ini yang kecewa. Melayani rasa sedih dalam diri, Abang Nara menatap satu demi satu gambar-gambar Eflira Loy di Internet. Pedih jiwa ini membayangkan hati Elfira yang kini menjadi milik Baim Wong. Tengah syok-syok layan, tup-tup terperasan satu gambar yang amat menarik perhatian Abang Nara.


Comelnya Elfira Loy bertudung hijau. Cute sangat-sangat. Makin jatuh cinta dibuatnya. Dengan pantas Abang Nara terus membuat ‘research’ mengenai gambar bertudung Elfira Loy ini. Rupa-rupanya ini adalah salah satu babak lakonan Elfira sebagai Siti dalam Gadis Bertudung Hijau musim pertama yang dibawakan khas oleh Rejoice. Siti merupakan seorang gadis kampung yang mempunyai cita-cita tinggi mahu berjaya mengejar impiannya di kota.


Pelbagai cabaran dan halangan yang harus ditempuh oleh Siti dalam usaha menjadikan cita-citanya satu kenyataan. Berjayakah Siti mencapai impiannya? Dengan Rejoice yang sentiasa berada di sisi untuk menjadikan Siti lebih yakin dan bersemangat, Abang Nara tak sabar nak tunggu pengakhiran drama Gadis Bertudung Hijau ini. Lakonan Elfira pun sangat mantap dalam drama ini sehingga Abang Nara turu sama dapat merasai kepayahan dan kesukaran yang dialaminya.


Artikel adalah hasil nukilan Blog Beautifulnara.


Berikut ialah dua keping gambar Elfira Loy bertudung yang tentu mengejutkan teman rapatnya Baim Wong kerana kejelitaan dan kecantikan Elfira jelas amat terserlah dan memukau pandangan mata.



2 GAMBAR Elfira Loy bertudung sangat mengancam 2 GAMBAR Elfira Loy bertudung sangat mengancam Reviewed by Tular Lagi on 9:27 PM Rating: 5

1 comment:

  1. tiada apa yg menarik.biasa sj.moga dibukakn hati untuk menutup aurat kerana allah bukan publisiti iklan..

    ReplyDelete

Powered by Blogger.