Like us for get Notifications

3 gambar Fauziah Latiff yang semanis !



Jarang melihat kelibat penyanyi popular sekitar tahun 90an Fauziah Latiff, pun begitu ramai yang rindu akan suaranya yang merdu yang menjadi kegilaan peminat-peminatnya.

Perkhabaran yang kami terima, Fauziah Latiff di jangka menamatkan zaman solonya dengan jejaka pilihannya pada tahun ini. Dia hanya tersenyum dan mohon doa kepada semua peminat semoga ditemukan jodoh sekali lagi dan memberi sinar baru kepada kehidupannya.

“Inshaa Allah… itu yang saya mampu ucapkan mengenai desas-desus yang mengatakan saya ingin bernikah sekali lagi.

“Saya tak boleh ulas dengan lebih lanjut kerana ia hanya andaian dan tafsiran orang ramai, saya tidak boleh beri kata putus kerana saya sendiri pun belum ada jawapannya,” kata Fauziah kepada.
Fauziah Latiff yang ditemui oleh para wartawan di Majlis Media Pelancaran Aplikasi Telefon Pintar ‘WeAreGorgeous’ (WAG) di Khadijah’s Kitchen Setapak, enggan mengulas lanjut mengenai tarikh perkahwinannya.
“Saya tak cakap tahun ini, tahun depan atau tahun yang seterusnya apatah lagi calon suami, kalau ada jodoh… Inshaa Allah adalah rezeki untuk saya,” ujarnya sambil tersenyum.


Mengenai perkembangan kariernya, Fauziah masih lagi giat aktif menyanyi dan menerima undangan terutama di majlis-majlis korporat mahupun jemputan VVIP di seluruh negara.

Apapun kami siarkan beberapa keping gambar Fauziah Latiff yang sempat di ambil untuk tatapan semua peminat beliau di luar sana. Pasti ramai peminat Fauziah Latiff yang mengikuti perkembangan beliau.


sumber : http://plbgaimacam.blogspot.com/
3 gambar Fauziah Latiff yang semanis ! 3 gambar Fauziah Latiff yang semanis  ! Reviewed by Mad Pikghie on 7:50 AM Rating: 5
Powered by Blogger.