Like us for get Notifications

PENGACARA SELAMAT PAGI MALAYSIA DICABUL PENGURUS KETIKA TIDUR

Penyanyi dan pengacara program Selamat Pagi Malaysia, Iesya Toh, 30, terpaksa memecat pengurus yang lebih sedekad menguruskan karier seninya. Semuanya gara-gara pengurus itu didakwa cuba mencabul kehormatan dirinya, baru-baru ini.


"Selepas berbincang dengan ahli keluarga, saya sudahpun memecat pengurus terbabit lebih dua bulan lalu. Saya pun tidak sangka dia sanggup melakukan perbuatan itu ketika saya tidur. Mujur saya cepat tersedar dan segera menghentikan perbuatannya itu," katanya.Walaupun berat hati untuk berbuat demikian, Iesya terpaksa melakukannya demi menjaga kehormatan diri.

"Saya terpaksa membuat pendedahan ini kerana ramai peminat di Malaysia, Singapura dan Indonesia yang tidak tahu pengurus terbabit sudah tidak menguruskan karier seni saya lagi.

"Saya berharap mereka yang ingin berurusan dengan saya boleh berhubung terus dengan pembantu peribadi," katanya.

Demi masa depan karier seni, pemilik nama sebenar, Nor Iesyatirradiah Sanny Toh mengakui dia tidak cepat mengalah. Sebaliknya, penyanyi kelahiran Johor Bahru ini percaya setiap kejadian yang berlaku ada hikmahnya.

"Pada mulanya saya berasa goyah juga kerana ketika itu baru muncul dengan album kedua berjudul Kasih. Saya juga impi lagu Kasih yang dipopularkan penyanyi popular Hetty Koes Endang dan ciptaan komposer terkenal Indonesia, Richard Kyoto juga sebagai peluang keemasan untuk menembusi pasaran muzik Indonesia.

"Malah, saya juga diundang untuk muncul di stesen TV di sana. Namun, sayangnya kejadian yang tidak diduga ini berlaku menyebabkan ia terpaksa ditunda dulu," katanya.

Apapun, kata penyanyi berdarah kacukan Thailand, Cina, Arab dan Melayu ini, sampai masanya dia belajar erti berdikari untuk menguruskan karier seni.

"Mujur saya masih ada pembantu peribadi, ahli keluarga dan ahli kelab peminat Iesyafanzatic yang terus memberi sokongan padu dari belakang," katanya.
sumber : Harian Metro- mukagebu
PENGACARA SELAMAT PAGI MALAYSIA DICABUL PENGURUS KETIKA TIDUR PENGACARA SELAMAT PAGI MALAYSIA DICABUL PENGURUS KETIKA TIDUR Reviewed by Tular Lagi on 9:29 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.