Like us for get Notifications

Atikah Suhaime Hangat Bercinta dengan Pilot ?



Murai Batu dengar-dengar cerita pelakon kesayangan MIG Production iaitu Atikah Suhaime sekarang ini tengah hangat bercinta dengan jejaka tampan dan elok.

Dikhabarkan jejaka itu sering mengikut Atikah di mana sahaja acara mahupun majlis tetapi di depan orang ramai, jejaka itu seperti tidak mengenali kekasihnya itu.

Murai Batu difahamkan, jejaka itu adalah seorang pilot, jenis kapal terbang yang dipandu tu tak dapatlah nak dipastikanlah.

Walaupun dia seorang pilot, ada pula cerita yang tak syok didengar, dikatakan kekasih Atikah ini sebenarnya belum ditauliah untuk bergelar pilot.

Tapi dia punya ‘feeling’ macam dah bawa Airbus A380 dari Kuala Lumpur ke London, tapi nak buat macam mana, mulut orangkan.

Ada jer yang tak puas hati, ada jer cerita yang kurang enak nak dijajakan, kalau betul Atikah memang sedang hangat berpacaran dengan pilot atau bakal pilot tu, diharapkan hubungan mereka biarlah berjalan lancar.

Semoga kebahagiaan itu dapat dikecapi oleh Atikah, seiring dengan kerjaya lakonannya yang kini menjadi perhatian dan kesukaan ramai..murai.com
Atikah Suhaime Hangat Bercinta dengan Pilot ? Atikah Suhaime Hangat Bercinta dengan Pilot ? Reviewed by Tular Lagi on 7:00 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.