Like us for get Notifications

Gadis Maut Di Ratah Jerung !



Perancis: Seorang gadis maut selepas diserang seekor jerung ketika sedang berenang di Pulau Lautan Hindi Perancis pada Sabtu. Gadis berusia 20-an itu maut selepas mengalami kecederaan parah akibat diratah jerung bersaiz besar di pantai yang terletak di l’Etang-Sale di sini. Mangsa yang sempat diselamatkan oleh orang ramai telah diberi rawatan awal sebelum disahkan mati ketika tiba di hospital. Serangan di lokasi itu merupakan yang kedua selepas seorang pemuda berusia 23 tahun hilang kaki kanan akibat diserang jerung pada Oktober tahun lalu. Pada Julai tahun lalu juga seorang lelaki berusia 51 tahun turut mengalami kecederaan selepas diserang jerung di lokasi berhamiran yang terletak tidak jauh dari Madagascar.
Gadis Maut Di Ratah Jerung ! Gadis Maut Di Ratah Jerung ! Reviewed by Tular Lagi on 3:33 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.