Like us for get Notifications

Brother ni tegur seorang pemuda yang belajar agama sebab dia hisap 'vappe'. Ini respon dia

g h


Pernah tegur seorang pemuda yang belajar agama sebab dia hisap 'vappe'. Saya hanya kata pada dia, fatwa terbaru dah haramkan vappe. Ini respon dia,

"Ala Abang, baru fatwa. Mazhab ada berapa? 4 kan? Ce sebut satu-satu mazhab tu cakap apa"

Kemudian saya diam saja sebab tak sangka jawapan sebegitu keluar daripadanya. Takut lagi cakap lagi teruk kefahamannya.

Fatwa adalah satu bentuk ijtihad untuk menetapkan sesuatu hukum. Fatwa disidangkan oleh pelbagai jenis kepakaran yang akhir sekali akan diputuskan oleh pihak tertinggi agama, alim ulama.

Dulu saya ada dengar ceramah. Ustaz tu cakap fatwa pengharaman rokok disidangkan oleh alim ulama, pakar kesihatan, pakar kimia dan lain-lain kepakaran yang berkait. Bermakna fatwa jauh sekali dikeluarkan oleh ijtihad sendiri.

Takkanlah ulama yang bersidang untuk menetapkan sesuatu fatwa itu tak faham langsung fiqh 4 mazhab. Sedangkan ulama ini fakih apatah lagi untuk mencapai sesuatu persetujuan semestinya perlu mengambil kira pelbagai pendapat ulama lain.

Kepada yang masih lagi menggunakan aqal bagi mempertahankan nafsu dan ego, jom sama-sama berubah dan berdoa. Walaupun kita sukar untuk membuat tabiat buruk jangan sampai kita sukar untuk akur dengan ijtihad alim ulama.

Siapa kita...

#SesungguhnyaAkuSudahTegur
#KauSaksikanlahYaAllah

sumber
Brother ni tegur seorang pemuda yang belajar agama sebab dia hisap 'vappe'. Ini respon dia   Brother ni tegur seorang pemuda yang belajar agama sebab dia hisap 'vappe'. Ini respon dia Reviewed by Tular Lagi on 5:41 PM Rating: 5

2 comments:

  1. Ulama fatwakan haram vape dan rokok tapi kenapa tak fatwakan haramnya interest aka faedah akka keuntungan aka bunga yg terang2 mengambil keuntungan dari pinjaman yg diberi, bukankah aktiviti itu disebut riba dalam bahasa arab dan al quran menyatakan dengan jelas bahawa riba itu hukumnya haram, ulama tak faham ke bab ni dalam 4 mahzab utama atau kerana kepentingan tertentu menyebabkan ulama membutakan mata dan telinga

    ReplyDelete
    Replies
    1. bodohnya komen ini.. riba dah tentu haram, buat apa nak fatwa lagi?

      Delete

Powered by Blogger.