Like us for get Notifications

Hobi Aneh seorang lelaki yang Suka mencuri dan mencium pakaian dalam wanita terbongkar !haha



Shah Alam: Hobi aneh seorang lelaki yang gemar mencuri dan mencium pakaian dalam wanita terbongkar apabila dia ditahan polis Selasa lalu.
Suspek berusia 25 tahun itu mendakwa nafsunya cepat terangsang apabila melihat pakaian dalam wanita menyebabkan dia melakukan jenayah itu.
Bagaimanapun tindakan suspek yang mencuri pakaian dalam penghuni sebuah pangsapuri di Seksyen 17 di sini, memakan diri apabila ditahan penduduk kawasan itu.


Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 pagi itu, suspek yang bekerja kilang ditangkap penduduk sedang membawa satu beg galas yang digunakan untuk mengisi pakaian dalam dicuri.

Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Shafien Mamat berkata, penduduk kawasan itu terserempak suspek sedang mencuri pakaian dalam di tingkat bawah pangsapuri itu.
Beliau berkata, penduduk kemudian mengejar suspek dan berjaya menangkap lelaki itu.

“Pemeriksaan kemudian menemui tujuh helai baju dalam, enam helai seluar dalam, stoking, tudung dan baju sejuk milik penduduk.
“Sebelum ini penduduk kawasan itu kerap mengadu kehilangan pakaian dalam mereka,” katanya.

Shafien berkata, siasatan mendapati suspek mengaku dia cepat terangsang apabila melihat pakaian dalam wanita malah akan menciumnya untuk menaikkan nafsu.

Beliau berkata, suspek turut mengaku suka menonton filem lucah.
“Siasatan lanjut mendapati suspek tiada rekod jenayah. Kes disiasat mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah (KPJ),” katanya.
Hobi Aneh seorang lelaki yang Suka mencuri dan mencium pakaian dalam wanita terbongkar !haha Hobi Aneh seorang lelaki yang Suka mencuri dan mencium pakaian dalam wanita terbongkar !haha Reviewed by Mad Pikghie on 10:58 AM Rating: 5
Powered by Blogger.