Inilah Wajah-wajah pelakon yang berdarah kacukan.


Wajah-wajah pelakon yang berdarah kacukan sering mendapat perhatian untuk iklan mahu pun dalam drama atau filem
Keunikan rupa paras mereka yang dilihat sebagai komersial, sering menjadi pilihan kerana mampu menarik minat penonton untuk menonton sesebuah drama ataupun filem.
Jadi,,,jom lihat siapakah pelakon yang berdarah kacukan yang bukan sahaja cantik, malah berbakat dalam lakonan.
EMMA MAEMBONG 
Emma Maembong atau nama sebenarnya Fatimah Rohani binti Ismail, merupakan gadis berdarah kacukan Melayu dan Scotland...Bapanya berketurunan Melayu dan ibunya merupakan warganegara Scotland...Emma juga tersenarai di kedudukan ke 71 dinatara 100 Wajah Tercantik TC Candler...Jadi tidak hairanlah, mengapa wajah Emma sering menjadi perhatian untuk drama dan juga iklan komersial.
NEELOFA 
Siapa yang tidak mengenali wanita jelita Noor Neelofa Mohd Noor ini...Neelofa merupakan gadis kelahiran Pasir Mas,Kelantan yang berdarah kacukan Melayu, Arab dan Pakistan...Ayahnya berketurunan Melayu, manakala ibunya berdarah Pakistan dan Arab. Neelofa juga merupakan juara Dewi Remaja pada tahun 2010.
FATHIA LATIF 
Pelakon yang popular menerusi drama bersiri "Ariana Rose" ini berdarah kacukan Melayu dan Arab. Nur Fathia Abdul Latif merupakan anak kelahiran Ayer Hitam, Penang...Fathia memulakan kerjayanya sebagai pelakon pada tahun 2009 menerusi drama popular "Nur Kasih" bersama Tiz Zaqyah dan Remy Ishak...Fathia sebelum ini juga pernah dikaitkan dengan seorang kerabat. Tetapi dia lebih selesa untuk memilih orang biasa sahaja...Kini Fathia sedang hangat bercinta dengan pelakon Aiman Hakim yang pernah berganding dengannya menerusi drama siri popular "Diandra".
IZARA AISYAH 
Izara Aishah Hashim merupakan pelakon berdarah kacukan Melayu dan Pakistan...Ayahnya beketurunan Melayu,,,manakala ibunya pulah berdarah Pakistan. Izara merupakan finalis Dewi Remaja bersama-sama Neelofa dan meraih tempat kedua...Izara pernah muncul untuk produk kecantikan Fair & Lovely dan jenama Brands, Innershine. Selain itu, kehidupan peribadi Izara juga sering di korek untuk mengetahui siapa jejaka yang berjaya menawan hatinya. Kini Izara dilaporkan sedang hangat bercinta dengan anak tiri penyanyi terkenal Datuk Siti Nurhaliza, iaitu Adib Khalid.
Inilah Wajah-wajah pelakon yang berdarah kacukan. Inilah Wajah-wajah pelakon yang berdarah kacukan. Reviewed by Mad Pikghie on 6:42 PM Rating: 5
Comments
0 Comments

No comments:

Powered by Blogger.