Like us for get Notifications

Tahan Sakit 30 Minit Kemaluan Budak 3 Tahun Tersepit Eskalator





Bagan Serai: Kanak-kanak lelaki terpaksa menahan sakit hampir 30 minit apabila kemaluannya tersepit pada eskalator di pusat membeli belah di sini, malam tadi.

Dalam kejadian 8.16 malam, mangsa, Mohd Rohaizad Abd Rahman, 3, berkunjung ke pasar raya berkenaan bersama bapanya sebelum dipercayai duduk di atas eskalator berkenaan ketika menuju ke bahagian permainan di tingkat tiga.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Bagan Serai, Pegawai Bomba Kanan II Nasir Wahab berkata, pihaknya segera bergegas ke lokasi kejadian sebaik sahaja menerima maklumat kecemasan itu.

Katanya, lapan anggota bergegas ke tempat kejadian.

"Pihak kami terpaksa menggunakan alat pengumpil untuk mengumpil bahagian eskalator terbabit bagi menyelamatkan mangsa.

"Hampir setengah jam bertungkus lumus, akhirnya mangsa berjaya diselamatkan kemudiannya segera dihantar ke Hospital Taiping oleh jentera Perkhidmatan Perubatan Kecemasan (EMRS) Bomba untuk tindakan lanjut," katanya.

Beliau berkata, operasi ditamatkan pada 8.50 malam.
-HMO

Tahan Sakit 30 Minit Kemaluan Budak 3 Tahun Tersepit Eskalator Tahan Sakit 30 Minit Kemaluan Budak 3 Tahun Tersepit Eskalator Reviewed by Tular Lagi on 12:45 AM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.