Like us for get Notifications

Toyota Hilux Dilanggar Arah Belakang , Budak Perempuan 7 Tahun Maut Tercampak Keluar - AL FATIHAH




Dungun: Budak perempuan berusia 7 tahun maut selepas kenderaan pacuan empat roda dipandu bapanya terbabit dalam kemalangan di Kilometer 333.5, Lebuh Raya Pantai Timur 2, dekat Paka, pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 9.10 pagi, Amni Khatijah Amirruddin maut selepas tercampak keluar dari Toyota Hilux dan disahkan meninggal di Pusat Kesihatan Ketengah Jaya.
Menurut sumber, kejadian dipercayai berlaku apabila Toyota Hilix dipandu Amirruddin Mamat, 39, dari arah Paka ke Kuala Terengganu dilanggar sebuah kereta Toyota Camry di bahagian tepi yang datang dari arah belakang.

Katanya, keadaan itu menyebabkan kenderaan terbabit berpusing sebelum beberapa kali terbalik menyebabkan mangsa tercampak keluar.
"Ketika kejadian, isteri Amirruddin, Faridatulakhmal Mohd, 37, dan tiga lagi anaknya, Ammar Yusof, 10; Fariz Ismail, 9 dan Fahim Abdullah, 2, dalam perjalanan dari Felda Kerteh 4 untuk melawat keluarga mangsa di Hospital Kuala Terengganu," katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Ahmad Zailani Yaacub ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menyebabkan kematian dengan memandu secara melulu atau membahayakan. | Hmo
Toyota Hilux Dilanggar Arah Belakang , Budak Perempuan 7 Tahun Maut Tercampak Keluar - AL FATIHAH Toyota Hilux Dilanggar Arah Belakang , Budak Perempuan 7 Tahun Maut Tercampak Keluar - AL FATIHAH Reviewed by Tular Lagi on 2:31 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.