Like us for get Notifications

Murid Sekolah Maut Dirempuh Kereta Dihadapan Sekolahnya


Al-Fatihah...Salam takziah buat keluarga mangsa. Ambil pengajaran dari kejadian ini,
Murid Sekolah Kebangsaan Santong Paka, maut selepas dirempuh kereta di Kilometer 7.8 Jalan Paka-Bandar Al Muktaffi Billah Shah (AMBS) dekat Paka, 7.10 pagi tadi.
Muhammad Syamil Harun, 10, yang tinggal di Kampung Santong meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di kepala.
Mangsa dikatakan turun daripada kereta bapanya yang berhenti di seberang jalan sebaik tiba di hadapan sekolahnya.
Bagaimanapun, ketika mangsa melintas, kereta dipandu wanita dari arah Santong ke Paka gagal mengelak sebelum merempuh mangsa.
Mayat mangsa yang berpakaian baju pengakap dibawa ke Unit Forensik Hospital Dungun untuk bedah siasat.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Ahmad Zailani Yaacub ketika dihubungi mengesahkan kejadian -HMO
Murid Sekolah Maut Dirempuh Kereta Dihadapan Sekolahnya Murid Sekolah Maut Dirempuh Kereta Dihadapan Sekolahnya Reviewed by Mad Pikghie on 12:46 PM Rating: 5
Powered by Blogger.