Like us for get Notifications

Bayi Usia 5 Bulan Derita Tiada Tempurung Kepala,Semoga Dipermudahkan Wahai Anak Kecil


Smoga urusan anak ini dpermudahkan Allah ,smbuhkanlah dan ringankanlah segala derita anak ini ya Allah .....Amin...

Alor Setar: Keluarga bayi lelaki berusia lima bulan yang menderita tiada tempurung kepala hingga menyebabkan otaknya berada di luar kepala, memerlukan sumbangan untuk kos rawatan dan penjagaannya.
Ibunya, Hasida Ahmad, 35, berkata Muhammad Fakhrullah Firdaus , anak bongsu daripada tiga beradik itu dilahirkan normal dengan berat 2.9 kilogram pada 2 April lalu, dan masalahnya dikesan ketika dirawat di wad kanak-kanak Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini.
Katanya, ketulan sebesar telur ayam dikesan selepas doktor membuat imbasan berikutan mengesyaki ada sesuatu pada otak bayi berkenaan.
“Doktor menjangka anak saya hanya mampu hidup tiga bulan saja memandangkan keadaan otaknya yang sentiasa mengeluarkan cecair kuning, putih dan hijau.
" Muhammad Fakhrullah juga kerap diserang sawan akibat gangguan saraf pada otaknya dan memerlukan penjagaan rapi sepanjang masa untuk mengelak jangkitan kuman," katanya yang ditemui di rumahnya di Flat Simpang Kuala, di sini, petang tadi.
Hasida berkata, anaknya mendapat rawatan dua minggu sekali untuk mencuci benjolan pada kepala di HSB dan pendapatan suaminya, Firdaus Mohd Rahim, 35, sekitar RM1,000 sebagai pemandu lori, tidak cukup untuk menyara kehidupan mereka sekeluarga termasuk dua anak berusia lima dan lapan tahun yang masih bersekolah.
Sehubungan itu orang ramai yang ingin memberi bantuan boleh menghubungi Hasida di talian 017-4687531.-Hmo
Bayi Usia 5 Bulan Derita Tiada Tempurung Kepala,Semoga Dipermudahkan Wahai Anak Kecil Bayi Usia 5 Bulan Derita Tiada Tempurung Kepala,Semoga Dipermudahkan Wahai Anak Kecil Reviewed by Tular Lagi on 9:20 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.