Like us for get Notifications

Tayar Pancit,Van Terbabas 2 Anak Yatim Maut Terhentak Tiang Elektrik - AL FATIHAH



Baling: Dua pelajar maut manakala enam lagi, termasuk pemandu cedera apabila van dinaiki mereka terbabas di Kilometer 34.8 Jalan Baling-Sungai Petani berhampiran Kampung Charok Akar, Tawar di sini, pagi tadi.

Dua yang maut ialah Muhammad Saiful Arif Md Jalaluddin, 14, dari Kampung Bongor, Grik, Perak, yang meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital akibat kecederaan parah di kepala dan badan. Muhammad Hilman Dinie Mohd Fazly, 12, dari Tanah Liat, Bukit Mertajam, Pulau Pinang, meninggal dunia di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Sungai Petani dekat sini, pada 5.50 petang.


Ketua Polis Baling Superintendan Shariffuddin Yusuf berkata, semua pelajar dari Rumah Anak-Anak Yatim Maahad Tahfiz Nur Jannah, Kupang, itu dalam perjalanan dari Kuala Ketil ke Baling apabila van dipandu Muhamad Azrul Faqrulrazzi Mad Daud, 17, terbabas selepas tayar hadapan pecah dan melanggar tiang elektrik pada 6.45 pagi.

"Kedua-dua mangsa yang maut duduk di sebelah kanan van cedera akibat terhentak pada tiang elektrik.

"Semua mangsa yang cedera kini dirawat di Hospital Baling manakala jenazah kedua-dua mangsa dijangka dituntut keluarga masing-masing selepas bedah siasat, " katanya yang dihubungi di sini, hari ini.

Shariffuddin berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1)Akta Pengangkutan Jalan (APJ) kerana memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian. - HMO
Tayar Pancit,Van Terbabas 2 Anak Yatim Maut Terhentak Tiang Elektrik - AL FATIHAH Tayar Pancit,Van Terbabas 2 Anak Yatim Maut Terhentak Tiang Elektrik - AL FATIHAH Reviewed by Tular Lagi on 9:06 AM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.