Tergamak...Ibu Mertua Curah Asid Atas Perut Menantu Untuk Bunuh Cucu
Kejam sungguh,ibu mertua ini,,,Seorang wanita hamil dicurahkan asid pada perutnya oleh ibu mentua sendiri dalam usaha membunuh bayi dikandungnya selepas ramalan tukang tilik mengatakan ia perempuan.
Dalam kejadian pada 20 Ogos lalu, S Girija, 27, dari Nellore, timur India, rebah selepas ibu mentua dan kakak iparnya mencurahkan asid pada kandungannya susulan tukang tilik mendakwa bayi keduanya itu juga perempuan.
Girija sudah mempunyai anak perempuan berusia 18 bulan hasil perkahwinan dengan suaminya pada Ogos 2014.
Menceritakan kejadian itu, Girija berkata, ibu mentuanya sering memarahinya dan masih mendesaknya supaya membayar wang hantaran.
“Beberapa hari sebelum kejadian ibu mentua memanggil tukang tilik datang ke rumah.
“Sebaik diberitahu anak kedua ini juga perempuan, ibu mentua mula memukul saya dan memaksa saya menggugurkan kandungan.
“Suami berulang kali cuba melindungi saya dan meminta ibunya mendiamkan isu berkenaan.
“Sebaliknya, ibu mentua membuat laporan polis terhadap saya dan suami mendakwa kami memukulnya kerana berebut harta,” katanya.
Girija berkata, ibu mentua dan kakak iparnya mengambil kesempatan menyerangnya ketika suaminya keluar, namun dia sempat menyelamatkan diri dan lari dari rumah itu.
Polis mengesahkan ibu mentua mangsa melarikan diri, sementara suami dan bapa mentuanya yang tidak dinamakan dalam laporan ditangkap atas cubaan membunuh.
Sementara itu, pasukan perubatan berkata, Girija mengalami luka terbakar teruk lebih 30 peratus pada badannya.
Tergamak...Ibu Mertua Curah Asid Atas Perut Menantu Untuk Bunuh Cucu
Reviewed by Tular Lagi
on
7:45 AM
Rating:
No comments: