Aceh Hukum 13 Persalah Dgn Hukuman Sebat Dan Disaksikan Beratus ratus Penduduk
Banda Aceh: Pihak berkuasa Aceh melaksanakan hukuman sebat terhadap 13 pesalah kerana melanggar undang-undang syariah di wilayah itu semalam.
Hukuman berkenaan dijalankan di Masjid Baiturrahman di Kampung Kramat di sini dan disaksikan beratus-ratus penduduk.
Menurut media tempatan, sepatutnya 14 pesalah dihukum sebat semalam tetapi hukuman terhadap seorang wanita ditangguhkan selepas dia disahkan hamil.
Wanita berusia 21 tahun itu ditangkap kerana berkelakuan tidak sopan dengan kekasihnya beberapa bulan lalu.
Wanita itu dan kekasihnya dilaporkan sudah berkahwin tetapi hukuman terhadap mereka tetap dilaksanakan.
Pasangan wanita itu bersama 10 lagi pasangan dihukum sebat 21 hingga 25 kali kerana didapati bersalah berkelakuan tidak sopan di tempat awam.
Satu lagi pasangan pula dihukum sebat sebanyak sembilan kali selepas didapati bersalah berdua-duaan di tempat tersembunyi.
Timbalan Datuk Bandar Aceh, Zainal Arifin berkata, hukuman sebat itu bukannya bertujuan menghukum dan memalukan pesalah.
“Hukuman ini sebagai peringatan dan pengajaran kepada semua supaya menghormati undang-undang Islam,” katanya. - Agensi | HMO
Aceh Hukum 13 Persalah Dgn Hukuman Sebat Dan Disaksikan Beratus ratus Penduduk
Reviewed by Tular Lagi
on
11:10 AM
Rating:
No comments: