Tips Kuruskan Badan Tanpa Belanja Yang Banyak
Memiliki badan yang lansing merupakan impian setiap wanita. Anda tidak perlu mengeluarkan belanja yang banyak untuk kurus. Praktikan beberapa tips mudah untuk menurunkan berat badan.
Makan bila perlu
Ambil makanan yang sesuai dengan keperluan badan anda dan yang paling penting jangan makan ikut nafsu.
Minum air yang cukup
Cuba amalkan pengambilan air kosong sahaja. Air kosong merupakan salah satu ejen kurus yang berkesan. Pastikan anda minum 8 gelas air kosong sehari.
Kencangkan otot
Otot yang kencang membantu dalam membentuk badan anda. Terutamanya pada bahagian kaki, anda perlu kencangkan otot di bahagian peha supaya tidak ada ruang untuk lemak di peha.
Berjoging semasa perut kosong
Berlari atau bersenam ketika perut kosong meningkatkan 'hormone adrenalin' dan mengurangkan insulin dimana keadaan ini menukarkan lemak berubah menjadi tenaga.
Ubah gaya hidup
Anda perlu mengubah gaya hidup anda. Jika anda suka makan di luar, cuba lakukan sebaliknya. Memasak di rumah adalah lebih baik kerana anda boleh mengawal kandungan makanan yang anda makan.
Tetapkan sasaran
Anda perlu mempunyai sasaran untuk mengurangkan berat badan. Pastikan anda capai sasaran anda.
Luangkan masa untuk bersenam
Bersenam selama 30 minit sehari sudah memadai untuk mencapai berat badan ideal.
Sekali sekala ke gimnasium
Cari gimnasium yang menawarkan pelbagai servis senaman. Antaranya, Yoga, kelas menari, kelas Muay Thai atau banyak lagi.
Jauhi dadah
Jangan sesekali melibatkan diri anda dengan dadah hanya kerana anda ingin kurus. Jika anda inginkan perangsang, cuba makan vitamin yang bersesuaian. Pastikan anda mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.
Jangan fokus pada satu bahagian sahaja
Lakukan senaman untuk kesuluruhan badan. Ia bukan sahaja mengurangkan berat badan anda, malah meningkatkan kesihatan juga.
Tips Kuruskan Badan Tanpa Belanja Yang Banyak
Reviewed by Tular Lagi
on
1:57 AM
Rating:
No comments: