Bahu Bayi TERSANGKUT. Ini Kata Suami Kepada Doktor Ni Yang Buat Ramai TERKEJUT
Bahu Bayi TERSANGKUT. Ini Kata Suami Kepada Doktor Ni Yang Buat Ramai TERKEJUT !!! | Seperti yang diceritakan oleh FB Dr Azizul Salehudin (LINK). Bersempena dengan kenyataan Timbalan Meteri & DG, aku terasa nak kongsi berkenaan kejadian yang pernah terjadi kepada diri aku tak lama dulu. Satu peristiwa yang aku sendiri tak terfikir boleh berlaku. Aku kongsikan untuk masyarakat lihat dan faham bahawa memang wujud situasi begini.
Pada masa itu, aku seorang bertugas di dewan bedah. Seorang pesakit masuk ke dewan bersalin untuk melahirkan anak, ditemani suaminya. Si isteri berpurdah dan si suami berjubah dan berkopiah. Melihat kepada perwatakan mereka, aku sendiri faham-faham untuk tidak attend pesakit itu sebab tahu pastinya mereka mahu wanita yang menyambut kelahiran. Aku minta JM untuk sambut bila baby na keluar. Aku pula attend pesakit lain yang boleh tahan ramainya waktu itu.
Sedang aku attend pesakit lain, jururawat menjerit, “Doktor, shoulder stuck.” Rupanya pesakit tadi bayinya mengalami shoulder dystocia. Keadaan dimana kepala bayi sudah keluar tapi bahu tersangkut. Ini adalah situasi kecemasan yang memerlukan tindakan segera kerana mampu meragut nyawa bayi.
Aku pun terus masuk ke bilik bersalin tersebut. Sesampainya di situ, si suami tengking dan halau aku keluar.
“Kenapa ada lelaki ni? Keluar! Saya taknak ada lelaki dalam ni. Biar anak saya mati, isteri saya mati pun saya tak nak ada lelaki kat sini.”
Pergh.. Aku pun dengan rasa sayu terus keluar sambil cakap kat staff lain, “McRobert, McRobert.”
Cerita macam ni memang rare tapi sebenarnya berlaku. Bukan nak highlight benda yang buruk begini tapi nak tunjuk pada masyarakat, memang wujud situasi begini dek kerana kefahaman yang salah tentang maqasid syariah.
Aku kongsikan bukan untuk burukkan sesiapa tapi nak bagi faham. Watak, latar tempat dan masa dirahsiakan. Sekian. KREDIT FB Dr Azizul Salehudin (LINK)
sayaluvislam.com
Bahu Bayi TERSANGKUT. Ini Kata Suami Kepada Doktor Ni Yang Buat Ramai TERKEJUT
Reviewed by Tular Lagi
on
8:09 AM
Rating:
No comments: