Like us for get Notifications

Ini Komen PEDAS Wardina Tentang ‘GRADUASI’ AF

coverjubahkonvo-671x366
Bahang konsert final Akademi Fantasia masih lagi terasa setelah program tersebut menamatkan siarannya malam tadi dengan mengangkat Amir sebagai juara pada musim ini. Sudah menjadi tradisi rancangan realiti ini sejak tahun 2003 untuk memanggil peserta sebagai ‘pelajar’ dan menobatkan mereka sebagai ‘graduan’ setelah program tamat.
Finalis AF akan disarungkan dengan ‘jubah konvo’ dan memakai topi mortar sebagai simbol graduan yang telah tamat pengajian. Namun, ada yang tidak kena dengan cara tersebut melalui pemerhatian selebriti tanah air, Wardina Safiyyah. Ikuti pendapatnya tentang perkara ini.

‘Jubah Konvo’ Atas Pentas Konsert…

afscreen-shot-2016-10-10-at-2-50-09-pm
Saya tak mengikuti perkembangan AF – Saya cuma kurang dengan “jubah konvo” yang mereka pakai di atas pentas. Mereka TIDAK bergraduasi dari apa-apa. Jubah dan topi graduasi adalah simbol kehormatan mewakili ilmu yang dituntut (dengan susah payah) daripada insititut pengajian tinggi akademik. GRADUAN layak memakai jubah dan topi tersebut diatas kerja keras, disipilin dan usaha selama bertahun-tahun menimba ilmu pengetahuan daripada pakar dalam bidang-bidang yang berkaitan.

Penipuan Kepada Diri Sendiri Dan Masyarakat!

amir33
screen-shot-2016-10-10-at-2-50-17-pmscreen-shot-2016-10-10-at-2-50-26-pm
Bermain graduasi “olok-olok” ini amat membahayakan. Ia adalah satu penipuan kepada diri sendiri dan masyarakat. Anda tidak bergraduasi daripada apa pun. Ia hanya sebuah rancangan yang bertahan selama beberapa bulan. Itu sahaja. Saya tak setuju untuk mereka pura-pura bergraduasi. Semua majlis graduasi olok-olok ini perlu dihentikan. (Saya lihat banyak situasi seperti ini di youtube – contohnya: “University of Life” dan orang luar percaya bahawa mereka benar-benar bergraduasi) Saya merasakan perkara seperti ini tidak menghormati institusi pengajian tinggi dan graduan sebenar. Terima kasih.
PS- Mereka boleh menyanyi dan berlatih sebanyak mana yang mereka mahu. Ada diantara mereka yang mempunyai suara yang merdu dan bakat dalam nyanyian. Saya hanya mempunyai masalah dengan cara kita ‘merendahkan’ upacara graduasi dan ilmu pengetahuan. Ia menghantar mesej yang salah kepada masyarakat. #justnotright #tahniahpadapemenang # tolongjanganmarah Mungkin tahun depan boleh gugurkan penggunaan jubah ok? 🙂 xoxo

sayanghanyauntukmu
Ini Komen PEDAS Wardina Tentang ‘GRADUASI’ AF Ini Komen PEDAS Wardina Tentang ‘GRADUASI’ AF Reviewed by Tular Lagi on 12:12 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.