Video: Dua Pengawal Keselamatan Wanita Maut Melekat Langgar Belakang Lori
Video: Dua Pengawal Keselamatan Wanita Maut Melekat Langgar Belakang Lori|Dua pengawal keselamatan wanita yang dalam perjalanan pulang ke rumah selepas selesai syif malam, maut apabila motosikal yang dinaiki dipercayai merempuh belakang sebuah lori, pagi ini.
Dalam kejadian jam 8.05 pagi di Kilometer 15 Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE) Kajang/Banting, dekat sini, dua rakan sekerja di Hospital Serdang, S Shanthi, 31, dan M Mahaletchumy, 34, meninggal dunia di tempat kejadian.
Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Abdul Aziz Ali berkata siasatan awal mendapati motosikal jenis Honda EX-5 yang ditunggang Shanthi dipercayai terlanggar belakang lori dan lori berkenaan dipercayai beredar sejurus kejadian.
Mayat kedua-dua mangsa yang berasal dari Banting, Selangor dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat.
“Pemeriksaan polis di tempat kejadian mendapati terdapat kesan cat dan kerosakan teruk di bahagian hadapan motosikal akibat pelanggaran itu,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Abdul Aziz berkata, kejadian berlaku di jalan lurus dengan keadaan cuaca ketika itu adalah baik dan terang.
Katanya, kes itu akan disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987
Polis turut meminta saksi kejadian untuk tampil memberi maklumat.
Video: Dua Pengawal Keselamatan Wanita Maut Melekat Langgar Belakang Lori
Reviewed by Tular Lagi
on
8:27 AM
Rating:
No comments: