Cara Penjagaan Rahim Yang Semua Wanita Patut Tahu – Dr Hamid Arshat
Kaum
wanita sejak dari dulu dipesan oleh ibu ataupun nenek agar menjaga
organ peranakan ini. Malah bermacam-macam petua diperturunkan untuk
tujuan itu.
Ia
untuk mengelakkan bahagian yang menjadi lambang kewanitaan ini ditimpa
penyakit dan tidak boleh berfungsi untuk melahirkan zuriat.
Namun
ketika ini semakin ramai wanita berdepan dengan masalah ketumbuhan yang
berkaitan dengan rahim. Atas sebab itu Pakar sakit Puan terkenal Dr.
Hamid Arshat membuat perkongsian ini.
Malang jika rahim ditimpa penyakit dan tidak berfungsi
Rahim
diciptakan Allah khas untuk wanita sebagai wadah pertumbuhan janin yang
bermula dari nutfah, kemudian menjadi alaqah dan mugdah. Seterusnya ia
berkembang dan membesar membentuk organ2 dan anggota yang sempurna dan
akhirnya ditiupkan roh dalam umurnya 120 hari.
Semua peroses ini berlaku dalam perlindungan dan naungan rahim.
Malang
jika rahim ditimpa penyakit dan tidak boleh berfungsi. Tapi rahim
sering ditimpa tumbuhan adenomyosis dan membesar seperti hamil 5 bulan.
Gejala yang dialami pesakit ialah senggugut teruk, perdarahan banyak
serta jadi mandul. Sungguh menyedihkan bila situasi begini berlaku.
Ketumbuhan
yang paling sering berlaku pada rahim ialah fibroids. Walaupun ia bolih
menimbulkan gejala2 yang sama tetapi ia boleh dibuang bedah dan
dipulihkan kemampuan untuk hamil.
Cara-cara menjaga rahim
1.
Waspada jika ada sejarah penyakit rahim dalam keluarga – ibu, nenek,
ibu saudara adik beradik perempuan. Setiap penyakit ada kaitan dengan
baka, mungkin menyumbang 10% kepada faktor2 penyebab. Elakkan dan
jauhkan dari faktor2 penyebab yang timbul dari sekitaran.
2.
Fungsi utama rahim ialah menampung kehamilan. Kahwin dan hamil awal
ketika usia muda boleh mencegah dari tumbuhan fibroids dan adenomyosis.
Ketika hamil otot rahim membesar dan kembang sehingga 1000 kali normal.
Selepas bersalin ia kuncup semula kepada saiz asal. Peroses kehamilan
sebenarnya melindungi rahim dari ketumbuhan. Wanita yang lambat atau
tidak hamil lebih terancam tumbuhan fibroids dan adenomyosis.
3.
Rahim sangat dipengaruhi dengan dua hormon wanita – estrogen dan
progesterone. Estrogen menebalkan lapisan endometrium dan membiak sel
otot (myometrial hyperplasia} progesterone meningkatkan salur darah
endometrium dan mengembangkan sel2 otot rahim (myometrial hypertrohy).
Kedua-dua
hormon perlu seimbang dan saling berkerjasama. Gangguan imbangan hormon
mencetuskan penyakit rahim. Hormon estrogen penting bagi banyak fungsi
tubuh badan wanita serta ciri2 kewanitaan dan kecantikan. Tapi bila
berlebihan dan tak seimbang estrogen boleh menimbulkan bermacam-macam
penyakit dan gangguan.
Diantaranya:
– Ketumbuhan fibroid, adenomyosis dan kanser rahim.
– Ketumbuhan adenoma dan kanser payudara.
– Kemandulan dan sukar hamil.
– Perdarahan rahim.
Sumber
asli hormon estrogen bagi wanita ialah kilang ovari, adrenal dan lemak
badan.Setengah makanan saperti makanan dari kacang soya juga jadi sumber
phytoestrogen. Bahan plastik dan sterofoam dan insecticide dan spray
pewangi mengeluarkan xenoestrogen.
Sumber
asli hormon estrogen bagi wanita ialah kilang ovari, adrenal dan lemak
badan.Setengah makanan saperti makanan dari kacang soya juga jadi sumber
phytoestrogen. Bahan plastik dan sterofoam dan insecticide dan spray
pewangi mengeluarkan xenoestrogen.
4.
Faktor yang mengganggu imbangan hormon. Sering tahap estrogen tinggi
dan progesterone rendah yang menyebabkan penyakit. Diantara
faktor-faktor ialah tekan fizikal, stress mental dan gangguan emosi.
Pemakanan yang terlebih gula dan karbohidrat, mengandungi terlalu banyak
perisa dan pengawet serta kegemokkan (obesity) dan penyakit PCOS,
kesemuanya menyebabkan hormon estrogen menungkat tinggi sedangkan
progesterone berkurangan. Tangani dan kawal semua jenis stres.
5.
Penjagaan rahim perlu bermula dari umur kanak-kanak. Sering kali anak
perempuan dijangkiti kuman di luar farajnya akibat tidak sempurna
beristinjak dan lemah ketahanan / immunity disebabkan tidak suka makan
sayur dan buah2.
Jika
menghadapi masalah lelehan / vaginal discharge, basuh faraj dengan air
garam, ia antiseptik terbaik untuk wanita. Beri supplemen vitamin C
(chewable) disamping multivitamin sirup dan minyak ikan kepada anak
perempuan. Amalan ini diteruskan dalam bentuk tablet bila mencapai umur
remaja. Supplemen tersebut akan meningkatkan Ketahanan / immunity untuk
menangkis pelbagai penyakit khususnya dirahim.
6.
Kegemukkan perlu dikawal dari umur kanak2 dan remaja. Dewasa ini
kanak-kanak terlalu suka junk food dan fast foods. Ibu bapa layani
kehendak mereka sebagai jalan mudah tanpa memikirkan kesan buruk dalam
jangka panjang. Remaja mula dilanda kegemukkan bila belajar disekolah,
kolej dan universiti berasrama.
Mereka
makan terlalu banyak makanan segera kononnya tidak berkesempatan untuk
memasak sendiri atau tidak minat makanan yang disajikan. Bermula disini
gangguan haid berlaku – sama ada tidak datang haid, atau haid terlalu
banyak, keluar berketul-ketul atau terlalu sedikit tetapi berpanjangan.
Kesemua itu petanda adanya gangguan dan ketidak seimbangan hormon2
wanita dan akhirnya merosakkan rahim.
7.
Remaja perlu dididik menjaga kehormatan diri agar tidak terjebak
kedalam maksiat perzinaan kerana ramai yang terjerat dengan berbagai
gejala saperti pengguguran haram dan jangkitan kuman dalam peranakkan
dan akhirnya rosak rahim dan jadi mandul apabila kahwin kelak.
8.
Banyakkan zikir dan berselawat waktu haid. Perdarahan haid atau ‘datang
kotor’, ‘datang bulan’. Berbagai panggilan untuk haid. Memang ada
disebut dalam quran wanita dalam haid tidak dianggap bersih dan suami
dilarang melakukan hubungan selagi isteri belum bersih dan telah mandi
junub.
Sering
juga haid tidak lancar keluar dan adakala haid ‘tumpah / melempah’ ke
belakang rahim. Fenomena tersebut dikaitkan dengan rahim retroverted dan
saluran pintu rahim sempit. Tanda utama ialah senggugut dan terdapat
sistem pembersih darah haid. Bila sistem ini gagal akibat penurunan
immunity ekoran dari pemakanan kurang berzat dan tinggi tahap racun
serta peningkatan stress, darah haid menimbulkan penyakit endometriosis
dan adenomyosis.
9.
Dipercayai darah haid yang tidak lancar dan bertakung di belakang rahim
menggalakkan gangguan jin dan syaitan terhadap rahim. Oleh sebab itu
ketika haid wanita tidak boleh solat dan membaca al-quran, sebaiknya
banyakkan zikir dan selawat sebagai langkah mencegah gangguan jin dan
syaitan.
10.
Banyak makanan yang membantu dalam menjaga rahim diantaranya nenas yang
mengandungi enjim bromalin dan betik yang mengandungi enjim papase.
Kedua enzim berperanan untuk membersih darah kotor di belakang rahim.
Makanan-makanan tradisi seperti keledek merah membekal sedikit hormon
progesterone, keladi ada sedikit estrogen, ubi kayu ada sedikit B17
(antikanser). Makanan tersebut membantu penjagaan rahim. Kunyit, bawang
merah, bawang putih, halia dan serai ada kesan anti inflammatory juga
berperanan menjaga rahim.
Perbanyak
makan sayur2 khususnya yang hijau saperti bayam, sawi, pucuk paku,
kobis, kacang, lobak, brokoli, taugeh dan lain-lain. Banyak makan buah2
saperti jambu, oren, mangga, apel, nenas, betik, buah naga dan
lain-lain. Makan pelbagai kacang saperti gajus, almond, walnut dan
lain-lain. Baik juga dimakan bersama kismis dan kurma.
Makan
lebih ikan saperti kembung, tenggiri, bawal, mackerel, tuna/tongkol dan
lain-lain. Amalkan minum teh hijau yang mengandungi antioxidant yang
bolih mencegah penyakit. Amalkan minum susu segar (lembu atau kambing)
setiap hari.
11.
Amalkan supplement multivitamins, vit. C (1GM) dan E(400 IU) ,logam
kalsium dan fish oil (1-2000 GM) setiap hari sehingga akhir hayat.
Cara Penjagaan Rahim Yang Semua Wanita Patut Tahu – Dr Hamid Arshat
Reviewed by Tular Lagi
on
5:00 PM
Rating: 5
No comments: