Like us for get Notifications

Doktor Cuai Ketika Proses Khatan Hingga Menyebabkan "Kepala " Kemaluan Budak Terpotong (Kaedah Laser)



Seorang kanak-kanak 10 tahun dikejarkan ke hospital atas kecuaian doktor ketika menjalankan proses berkhatan secara laser. Aduh!! Macamana boleh sampai terputus "kepala" ni doktor. Seramnya!!

Laporan penuh:

As salam Tuan. Makluman kes terpotong bahagian kepala  kemaluan mangsa semasa sunat. (Laser operation)

5⃣Fakta  Kes
Pada 20/12/2016 jam L/Kurang 2015 hrs pengadu  telah membawa anak lelaki pengadu (mangsa) ke Klinik Keluarga , no 6 Jln CU 15/B Taman Cheras Utama, K.lumpur untuk berkhatan dan doktor menjalankan proses berkhatan dengan menggunakan kaedah laser.

Semasa proses berkhatan doctor memberitahu pada pengadu, bahawa doktor telah terlebih potong bahagian kepala (terputus). Selepas itu, pengadu bersama doktor Azahari Bin Hashim membawa anak pengadu ke HUKM untuk mendapatkan rawatan. Sampai di sana, doktor di HUKM memberitahu perlu rujuk ke HKL untuk menjalankan penyambungan kepala kemaluan oleh doktor pakar. Pengadu tidak puas hati terhadap yg menjalankan tugas dengan cuai.

Hasil Siasatan Awal.

1. Pengadu buat laporan polis di pondok polis HKL setelah menerima nasihat dari doctor HKL. Pengadu rasa tidak puas hati terhadap doktor yg menjalankan tugas dengan cuai sehingga menyebabkan kepala kemaluan anak pengadu terputus.

2. Tempat kejadian telah dilawati, merupakan barisan rumah kedai satu tingkat, dan klinik terletak di tingkat bawah.

3. Temubual dengan doktor Azahari Bin Hashim (saspek) mendapati klinik keluarga telah beroperasi lebih kurang 15 Tahun di tempat yg sama. Hanya saspek sahaja bertugas di klinik tersebut sebagai doktor manakala pembantu doctor  (nurse) selalu bertukar tukar. Saspek mempunyai pengalaman 21 tahun dalam bidang perubatan. Saspek memperolehi kelulusan bidang perubatan dari University of Krachi, Pakistan. Saspek memiliki Annual practice certificate (APC).

4. Semakan ke atas klinik mendapati klinik masih belum daftar dibawah kementerian kesihatan dimana tidak memiliki borang B. (Borang B adalah sijil kebenaran dari kementerian kesihatan untuk menjalankan klinik).

5. Selepas kejadian, saspek telah buat satu repot Polis bersabit Bt 9 cheras rpt 177xx/16. Dalam laporan Polis saspek menyatakan saspek mengaku terlebih potong bahagian kepala mangsa dengan tidak sengaja.

Utk makluman Tuan.
Doktor Cuai Ketika Proses Khatan Hingga Menyebabkan "Kepala " Kemaluan Budak Terpotong (Kaedah Laser) Doktor Cuai Ketika Proses Khatan Hingga Menyebabkan "Kepala " Kemaluan Budak Terpotong (Kaedah Laser) Reviewed by Tular Lagi on 4:51 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.