Mangsa Ragut Muka Hancur Ditumbuk Peragut
JOHOR BAHRU - Ngeri melihat wajah seorang wanita yang menjadi mangsa ragut dalam kejadian malam Jumaat lalu.
Enggan kejadian berulang pada wanita lain, mangsa menasihatkan agar
golongan wanita tidak berjalan bersendirian bila ke mana-mana.
"Ingin saya nasihatkan semua wanita di luar sana, sila berwaspada jika
anda balik/pergi kerja, keluar jalan-jalan atau apa-apa yang sewaktu
dengannya. Tolong jangan pulang ke rumah seorang diri. Paling kurang
pun, biarlah berteman.
I miss my face so much! No scars and still look cute tho. Selepas ini muka dah ada parut. Yang masih cantik itu bersyukurlah ye. Hodoh pun hodohlah, yang penting ada orang sayang. |
"Saya bernasib baik, masih bernyawa walaupun muka hancur. Ini yang
berlaku malam tadi dan ya, saya cuba kuatkan diri untuk menghadapi
kejadian ini. Jadikan sebagai pengajaran," katanya.
Akibat kejadian itu, mangsa dihantar ke Hospital Sultan Ismail dan
menerima 14 jahitan di muka yang akan meninggalkan kesan parut.
"Kepada peragut (jika peragut itu ada Instagram), saya cuma nak cakap,
kalau saya jumpa awak, saya akan buat tulang awak patah-patah pun dah
okey. Tunggu dan lihat," katanya lagi. - The Reporter
Mangsa Ragut Muka Hancur Ditumbuk Peragut
Reviewed by Tular Lagi
on
3:15 PM
Rating:
No comments: