Like us for get Notifications

Air Detoks Yang Campur Buah-buahan Tu boleh Kuruskan Badan? Baca sini Hadam Baik2




Edisi Mitos: Air detoks yang campur buah-buahan itu boleh menguruskan badan?
Jawapan ringkas daripada saya adalah TIDAK. Air detoks tidak boleh menguruskan badan.
Saya memperkatakan sedemikian rupa kerana air detoks itu sendiri tidak boleh menjalankan fungsi detoksifikasinya. Pembaca perlu faham, mereka yg cakap produk mereka boleh menjalankan proses DETOKSIFIKASI(buang toksik drpd abadan) adalah suatu penipuan. Sebagai contoh patch yg letak kat tapak kaki tu, rendam kaki dalam air yg buat elektrolisis lah, buat rawatan resdung dgn menggunakan kertas yg disapu dgn lilin, ubat homeopathy utk detoks dan banyak lagi.
Sebab yg menjalankan fungsi detoksifikasi adalah badan kita sendiri. Sebagai contoh buah pinggang, ianya membuang sisa toksik drpd darah keluar ke dalam air kencing. Hati pula akan menguraikan bahan2 yang berbahaya drpd badan supaya ianya menjadi kompound yg tidak aktif. Sistem imun pula akan menjaga dan menghilangkan toksin yg dihasilkan oleh bakteria. Paru2 pula mengawal selia carbon dioksida yg menjadi salah satu bahan kumuh sel.
Tiada satu ujian pun yang dijalankan untuk menunjukkan bagaimana air detoks menjalankan fungsi detoksifikasinya.
Untuk menguruskan badan pula, sudah tentu ianya tiada kena mengena dgn air detoks.
Kalau nak kuruskan badan basicly kena kurangkan pengambilan kalori dan kena bakar kalori dalam badan dgn bersenam
Jadi makanlah makanan yang kurang kalori ataupun low carb diet(Diet yg kurang karbohidrat). Korang google je. Low carbohydrate diet. Insyallah jumpa.
Pastu kena bersenam lah untuk membakar lemak2 korang tu.
Tak bolehlah nak mengharap kurus sgt kalau korng hanya minum air yg bercampur sedikit buah2an sahaja
-Doktor Paracetamol-  PW | Beritapantas92
Air Detoks Yang Campur Buah-buahan Tu boleh Kuruskan Badan? Baca sini Hadam Baik2 Air Detoks Yang Campur Buah-buahan Tu boleh Kuruskan Badan? Baca sini Hadam Baik2 Reviewed by Tular Lagi on 11:37 AM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.