Like us for get Notifications

Shaziatul Shamira 7 Tahun, Dahulunya Petah berkata kata Sekarang Tidak Boleh Bercakap danHidap Barah Otak Tahap 4



GERIK 8 Jan. - Seorang kanak-kanak pe­­rempuan terpaksa melupakan impian untuk memasuki alam persekolahan tahun ini setelah terlantar aki­bat barah otak tahap empat.

Wan Rashidah Wan Mohd. Yusop memberi minuman susu kepada Nur Shaziatul Shamira Mohd. Salmizan yang terlantar akibat kanser otak tahap empat di rumahnya di Kampung Setar Kecil,Krunai, Gerik, Perak, baru-baru ini.

Nur Shaziatul Shamira Mohd. Salmizam, 7, di Kampung Setar Kecil, Kerunai di sini yang sepatutnya mendaftar sebagai murid tahun satu, kini tidak mampu bergerak berikutan penyakitnya itu semakin teruk.

Ibu kanak-kanak itu, Wan Rashidah Wan Mohd. Yusop, 28, berkata, anaknya itu dikesan menghidap kanser otak pada Jun 2014 apabila mata hitam sebelah kanannya tertarik ke tengah, seolah-olah juling.

Katanya, pada tahun 2015, mata hitam sebelah kiri anak­nya pula tertarik ke tengah manakala kaki kiri semakin lembik dan akhirnya terkulai.

“Daripada seorang anak yang aktif, petah berkata-ka­ta, suka mewarna dan amat sukakan watak kartun Frozen, kini anak saya telah hilang semua deria itu. Saya amat sedih dan sebak melihat keadaannya,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Menurutnya, keadaan anak­­nya semakin hari sema­kin teruk apabila sejak Julai tahun lalu, Nur Shaziatul Shamira tidak boleh berjalan, namun ketika itu anaknya masih mampu untuk makan dan minum.

Katanya, namun lama-ke­lamaan anaknya tidak bo­leh bercakap, tubuh badannya ka­ku tidak boleh bergerak langsung dan tidak boleh makan.

“Doktor tidak mampu mem­­berikan rawatan, mereka memberi pilihan sama ada hendak menjalani rawatan se­cara kimoterapi ataupun radioterapi,” katanya.

Katanya, sejak awal Disember lalu, anaknya sudah tidak boleh makan, hanya terba­ring, mulutnya terkunci rapat serta matanya tiada gerak balas, cuma kaki dan tangannya sahaja terdapat sedikit pergerakan.

Katanya, anaknya hanya diberi minum susu jenis Enercal Plus menggunakan picagari.

“Setiap kali pemeriksaan dilakukan, doktor tidak menaruh harapan yang tinggi kerana tiada lagi rawatan un­tuk memulihkannya dan jangka hayat anak saya bergantung kepada kekuatan dan semangatnya,” katanya.

Orang ramai yang ingin mem­bantu boleh menghubungi Wan Rashidah di talian 013-4825915/019-5753930 atau me­­n­yalurkan sumbangan ke akaun Maybank atas nama Mohd. Salmizan Hamidun bernombor 1580-7971-3337.

Shaziatul Shamira 7 Tahun, Dahulunya Petah berkata kata Sekarang Tidak Boleh Bercakap danHidap Barah Otak Tahap 4 Shaziatul Shamira 7 Tahun, Dahulunya Petah berkata kata Sekarang  Tidak Boleh Bercakap danHidap Barah Otak Tahap 4 Reviewed by Mad Pikghie on 8:17 AM Rating: 5
Powered by Blogger.