Like us for get Notifications

Jad Haris Sabaruddin Najmi Asyraaf Abdul Halim pelajar Malaysia berjaya meraih pingat emas dalam Pertandingan Matematik Dunia





DUA pelajar Malaysia berjaya meraih pingat emas dalam Pertandingan Matematik Dunia ke-14 2017 (WMC 2017) yang berlangsung di Manila, Filipina pada 22 hingga 23 April. 

Memetik laporan Utusan Borneo Online, murid tahun enam, Jad Haris Sabaruddin dan murid tahun empat, Najmi Asyraaf Abdul Halim yang mewakili pasukan Sarawak menjadi rakyat Malaysia pertama yang memenangi pingat emas di kejohanan itu.
Peserta lain dari Malaysia turut memenangi empat pingat perak dan 18 gangsa.

Jad berkata kemenangan itu merupakan hasil pengorbanan dan usaha yang berterusan.

Higher Order Thinking Mathematics - Sakamoto Method
Pasukan Malaysia memenangi dua pingat emas, empat pingat perak dan 18 gangsa. -Gambar: Facebook/Higher Order Thinking Mathematics - Sakamoto Method


“Latihan berterusan, sokongan daripada kedua-dua ibu bapa saya selain semangat untuk terus bersaing tanpa mengenal kalah, itulah rahsia kejayaan saya,” kata Jad kepad pemberita.

Pertandingan bertaraf dunia itu pada asalnya diperkenalkan oleh Sistem Pendidikan Sakamoto yang berpangkalan di Singapura dengan kerjasama Sakamoto Seminar Jepun.
Jad Haris Sabaruddin Najmi Asyraaf Abdul Halim pelajar Malaysia berjaya meraih pingat emas dalam Pertandingan Matematik Dunia Jad Haris Sabaruddin Najmi Asyraaf Abdul Halim pelajar Malaysia berjaya meraih pingat emas dalam Pertandingan Matematik Dunia Reviewed by Mad Pikghie on 11:30 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.