Like us for get Notifications

'Bagi saya petrol percuma atau saya takkan berganjak dari sini' - Tegas Wanita Ini


KUALA LUMPUR - Seorang wanita tanpa segan meminta pihak stesen minyak memberinya minyak percuma dan jika permintaannya tidak dilayan, dia akan membiarkan keretanya diletakkan di sebuah pam minyak bagi menghalang pelanggan lain dari menggunakannya. 

Video dan gambar insiden yang dipercayai berlaku di sekitar Batu Caves itu dimuat naik oleh Chang Lee Ying di laman Facebook mencetus pelbagai reaksi netizen. 

"Hari ini kami didatangi seorang pelanggan wanita yang mahu meminta petrol percuma. Dia kata dia tidak mempunyai wang untuk mengisi petrol, lalu meletakkan keretanya di stesen dan halang pelanggan lain menggunakan salah sebuah  pam.



"Dia juga mahu kami isikan petrol penuh pada keretanya, jika tidak dia tidak akan mengalihkan kereta Proton Wiranya itu. Bukankah ini tindakan lebih kurang seperti menyamun?" tulisnya. 

Berdasarkan dua video yang dimuat naik, wanita berkenaan duduk di dalam kiosk stesen berkenaan menunggu permintaanya ditunaikan. 

"Boleh awak sahkan yang kereta Proton Wira itu kepunyaan awak?" soal Chang. 

"Ya, itu kereta saya yang didaftarkan di bawah nama saya," jawabnya. 


"Jadi awak nak kami berikan minyak penuh secara percuma dan jika tidak, awak tidak mahu berganjak, begitu?" soal Chang lagi. 

Wanita itu menjawab ya dan meminta Chang menyebarkan video itu di media sosial agar satu dunia melihat tindakannya itu. 

Difahamkan, wanita itu telah melanggar sebuah kereta yang lain pada malam sebelum insiden itu, menyebabkan keretanya kemek di bahagian depan dan juga belakang. 


Sementara itu, netizen menasihatkan agar Chang membuat laporan polis untuk mengusir wanita berkenaan. Namun, ada juga yang mencadangkan pihak stesen isikan petrol RM10 ke dalam keretanya agar wanita itu beredar segera. - The Reporter
'Bagi saya petrol percuma atau saya takkan berganjak dari sini' - Tegas Wanita Ini 'Bagi saya petrol percuma atau saya takkan berganjak dari sini' - Tegas Wanita Ini Reviewed by Tular Lagi on 7:05 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.