Lelaki Ini Jatuhkan Kek Kahwin Kawan, Ekspresi Pemuda Ini Jadi Perhatian
Dalam banyak-banyak insiden menjelang majlis perkahwinan, kejadian kek kahwin yang ditempah jatuh atas jalan raya sebelum acara bermula mungkin menjadi mimpi ngeri buat pasangan pengantin.
Apatah lagi kek yang ditempah itu sudah didambakan sejak sekian lama.
Misalnya kejadian yang berlaku pada sebuah majlis Ahad lalu.
Sepotong video seorang pemuda yang dipercayai menjadi pengiring pengantin gagal menyelamatkan kek kahwin sahabatnya menjadi tular di media sosial.
Menariknya, reaksi pemuda itu yang menjadi buah mulut netizen hingga ada yang menjadikan ia jenaka dan disunting sebagai meme.
Pemuda yang dikenali sebagai Aiman Ariff itu memuat naik video terbabit dan memperoleh lebih 250 reaksi, 29,000 retweet dan 10,000 likes.
Rata-rata netizen menganggap kejadian itu melucukan malah ada yang melihat situasi itu sebenarnya sudah dirancang.
Malah, ada yang menyelar tindakan individu yang merakam video terbabit kerana tidak membantu pemuda itu mengangkat kek tersebut.
Netizen juga tertanya-tanya akan kesudahan kejadian itu dan reaksi pengantin apabila melihat kek kahwin itu 'berubah wajah' selepas terjatuh atas jalan raya.
Lihat video dibawah:
Sumber: Twitter @aimanariffAAK, astrogempak
Lelaki Ini Jatuhkan Kek Kahwin Kawan, Ekspresi Pemuda Ini Jadi Perhatian
Reviewed by Tular Lagi
on
10:02 PM
Rating:
No comments: