Like us for get Notifications

Siapakah Ezza Yusof, Gadis Manis Yang Berjaya Memenangi Hati Remy Ishak Ini?cun





Ramai yang terkejut dengan berita pertunangan hero Malaya, Remy Ishak dengan gadis pilihannya Ezza Yusof. Remy Ishak boleh dikatakan antara pelakon lelaki yang menjadi kegilaan wanita-wanita di Malaysia ni kerana karakternya yang bersahaja dan kelakar. Bukan itu sahaja, malah mempunyai rupa Melayu tulen dan bentuk badan yang ‘fit’.

Tapi maaf, kini Remy sudah pun menjadi tunang orang. Tunangnya bukan model, bukan artis, bukan individu yang popular pun.. Jadi siapakah sebenarnya gerangan gadis bernama Ezza Yusof ni? Anda mesti nak tahu kan.


Penggemar fesyen



Ezza merupakan seorang penggemar fesyen. Pada siapa yang follow Ezza di Instagram, dia selalu memuat naik gambar trend pemakaian terkini serta design kasut/heels yang terkini.
Seorang business woman berjaya



Tidak hairan lah Ezza mempunyai perniagaan yang berlandaskan fesyen iaitu menjual kasut untuk kaum wanita. Ezza merupakan founder @2tomorrowmy. Anda boleh lihat kasut-kasut yang dijualnya sangat cantik dan trendy. Nak tahu lebih lanjut anda boleh check out di laman Instagram Ezza.


Punyai seorang anak yang comel



Ezza mempunyai seorang anak yang sangat comelnya. Nama manja yang Ezza berikan padanya ialah Baby Luq.


Rakan baik kepada Nad Zainal



Jika anda salah seorang followers Ezza di instagram, anda akan tahu bahawa mereka ni merupakan rakan baik dan sentiasa menyokong karier masing-masing. Apa yang membuatkan mereka lebih rapat ialah kerana masing-masing sudah mempunyai anak yang masih kecil dan comel!


Free hair cantik, berhijab lagi anggun




Kini jadi tunangan kepada pelakon ‘hot’ tanah air



Sama cantik, sama padan. Akhirnya 1 Mei merupakan tarikh yang mereka tidak akan lupa buat selamanya kerana tarikh itu merupakan detik bermulanya perjalanan mereka untuk mendirikan rumahtangga dan mulakan hidup bersama.

Remy Ishak lebih senang untuk tidak menceritakan lebih lanjut tentang berita pertunangannya itu tetapi kami pasti ramai yang gembira. Apa-apa pun kami doakan supaya pasangan ini hadapi fasa pertunangan dengan tenang dan seterusnya ke jinjang pelamin.



Sumber: Instagram Ezza Yusof
Siapakah Ezza Yusof, Gadis Manis Yang Berjaya Memenangi Hati Remy Ishak Ini?cun Siapakah Ezza Yusof, Gadis Manis Yang Berjaya Memenangi Hati Remy Ishak Ini?cun Reviewed by Tular Lagi on 10:05 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.