Wajarkah Guru Ini Dikritik Semata-Mata Berkebaya ?
Baru-baru ini gambar seorang wanita yg didakwa bekerja sebagai guru telah menjadi viral di persada internet. Apa yg menarik perhatian ramai adalah penampilan guru tersebut yg memang tak dapat dinafikan memang cantik menawan.
Tapi, apabila melihat komen para netizen tentang gambar yg turut dikongsi di Facebook PenMerah [dot] com ini, terkejut juga kami dengan komen para netizen.
Rata-ratanya marah dan menyatakan perasaan tidak berpuas hati dengan pemakaian guru tersebut.
Kami kurang pasti jika pakaian guru tersebut tidak menepati etika pemakaian guru di Malaysia.
Menurut seorang netizen yg memberi komen, walaupun baju kebangsaan dibenar dan digalakkan , tetapi bukan kebaya pendek.
Ini maklumat yg kami dapat dari sebuah blog.
ETIKA PAKAIAN PEREMPUAN (Guru)
2.1 Baju kurung atau baju kurung moden atau kebaya labuh, atau kebarung atau jubah atau pakaian etnik masing-masing yang sesuai, kemas dan tidak menjolok mata.
2.2 Baju mestilah berlengan dan tidak sendat/ ketat serta tidak menunjukkan bentuk tubuh badan.
2.3 Seluar panjang yang bersesuaian,tidak sendat/ ketat dan hendaklah dipadankan dengan baju yang labuhnya melebihi paras punggung.
2.4 Skirt yang bersesuaian,tidak sendat/ ketat dan labuhnya hendaklah melebihi paras lutut.
2.5 Jeans, baju T sama ada berkolar atau tidak, dan seluar pendek tidak dibenarkan sama sekali.
2.6 Tudung kepala yang menutup sebahagian atau seluruh muka (berpurdah) tidak dibenarkan.
2.7 Selipar dan kasut sukan tidak dibenarkan dalam waktu pejabat.
Sejujurnya pada mata kami tidak ada apa yang salah pun pada pemakaian guru tersebut dari segi kesopanan.
Pendek kata tidaklah mencolok mata, nak dikatakan singkat pun tidak, nak dikatakan terlalu ketat pun tidak, tetapi mungkin aura baju kebaya itu sendiri yg memberi gambaran imej seksi kepada pemakainya.
Lagipun, rupa paras guru tersebut kalau diteliti memang cantik orangnya, mungkin juga ini faktor yg mempengaruhi perdebatan ini.
Apa pula pandangan anda? Salahkah guru bergaya dan berpenampilan cantik ketika bertugas? Atau memang benar pakaian guru ini tidak sesuai dan menyalahi etika?
Wajarkah Guru Ini Dikritik Semata-Mata Berkebaya ?
Reviewed by Unknown
on
12:18 AM
Rating:
Camne lak dgn pemakaian org awam di luar sekolah? Anak2 nmpk gak kan malah lagi sexy. Teguran patut utk semua bukan hanya utk guru t'sebut saje.
ReplyDeleteCamne lak dgn pakaian org awam di luar sana? Anak2 pun nmpk gak malah lebih sex. Teguran harus dibuat utk semua bukan kt cikgu t'sebut saje.
ReplyDeleteMemang pun ada pekeliling tentang TATACARA berpakaian bagi kakitangan awam terutamanya GURU.Tetapi ada sesetengah dari kalangan guru (P) mengalami SINDROM takut, bimbang, risau dll untuk berpakaian seperti yang termaktub dalam pekeliling tersebut.Nak berbaju kurung TAKU.Nak bertudung labuh TAKUT. Nak pakai stoking TAKUT. TAKUT dipanggil USTAZAH.
ReplyDeleteLebih takut dipanggil ustazah... Dari takut diazab...
DeleteGuru tersebut memang cantik tetapi tidak mengikut etika berpakaian guru ketika mengajar. Pakaian tersebut agak ketat di lengan, dada , pinggang dan punggung. Tidak sesuai ketika mengajar .
ReplyDeleteakhir zaman wanita berpakaian..tetapi sebenarnya tidak menutupi aurat..bentuk badan juga satu aurat..
ReplyDeletebagi yg menyokong tindakan guru tersebut,anda salah...memang guru tersebut berpakaian tetapi bentuk tubohnya jelas kelihatan..buka begitu etika berpakain dalam Islam..
memang salah sangat..tak kira di luar sekolah sekali pun,sebagai orang Islam kita tertakluk pada hukum...itu beza Islam dengan bukan islam...terima kasih
Bagi saya mudah:
ReplyDeletei. Guru yang berketrampilan akan dapat menarik minat murid belajar.Guru yang selekeh dan berbau, murid pun tak lalu.
ii. Yang tak suka cikgu bergetah macam tu ialah cikgu pompuan yang dah tak bergetah. Dengan kata lain, jeles. Guru2 besor pompuan ramai yg tak suka cikgu begetah gitu.
iii. Cikgu lelaki tak kira tua, tak kira muda, tak ada hal benda2 gitu. Kita orang malas nak ambik tahu. lantak korang laa
Pakai baju kurung tudung bawal tutup dada..lebih sopan dan anggun...budak belajar ilmu senang masuk...
DeleteKalau pakai macam ni...bukan ilmu je susah masuk...kang benda lain yang dipikirnye...buat modal kat tandas...je..
Bila dah bny makan duit haram. Hati mudah tertutup.
ReplyDeleteIslam pada keterunan dan nama . aurat yg di ancam dgn api neraka dah ta di hiraukan.
Ini kah makhluk yg di harap utk mendidek anak2 kita