Like us for get Notifications

CERITA SEBENAR LELAKI MENGHERET KUCING DI JALAN RAYA DENGAN KERETANYA

DENGAN adanya medium sosial seperti Facebook, Twitter dan Instagram yang mampu menyalurkan maklumat sepantas kilat, ramai di kalangan kita yang begitu mudah berkongsi cerita tertentu biarpun belum dibuktikan kesahihannya.


Dah lama tak nampak coretan-coretan ‘legendary' Ujang kan? Ramadhan ni ‘special’ sikit... [ TENGOK SINI ]



Akibatnya, ada pihak yang menjadi mangsa fitnah gara-gara perbuatan sebegini.
Terbaru, seorang pemilik kereta telah dikutuk dan dimaki oleh pengguna Facebook hanya kerana dua keping gambar yang tidak diketahui maklumatnya.

Pemilik Kereta Kancil Difitnah Gara-Gara Gambar Ini...
Gambar itu menunjukkan lelaki yang memandu kereta tersebut menyeret seekor kucing di atas jalan.
Justeru, ramai menyangka pemiliknya melakukan penderaan ke atas haiwan tersebut.

Pemilik Kereta Kancil Difitnah Gara-Gara Gambar Ini...
Rupa-rupanya, kereta itu dipandu oleh mekanik yang sedang membaiki kenderaan itu dan ia dijelaskan sendiri oleh pemiliknya menerusi akaun Facebook.
Alkisahnya, seekor kucing telah mati di hadapan bengkelnya dan dia mengambil keputusan untuk mengalihkan bangkai kucing tersebut.
Memandangkan kepala kucing tersebut pecah dan berbau busuk, mekanik tersebut memandu sambil memegang kucing tersebut di luar keretanya.

Pemilik Kereta Kancil Difitnah Gara-Gara Gambar Ini...
Ha, tak pasal-pasal jadi fitnah, walhal niatnya baik…
Pemilik Kereta Kancil Difitnah Gara-Gara Gambar Ini...
Kesimpulannya, jangan terlalu cepat membuat kesimpulan dengan hanya melihat gambar, sebaliknya cuba cari maklumat terlebih dahulu sebelum berkongsi di akaun sosial ya! | BLOG TOGEH SEGAR
CERITA SEBENAR LELAKI MENGHERET KUCING DI JALAN RAYA DENGAN KERETANYA CERITA SEBENAR LELAKI MENGHERET KUCING DI JALAN RAYA DENGAN KERETANYA Reviewed by Tular Lagi on 5:36 PM Rating: 5

1 comment:

  1. Biasa la tu, semua pun nak lapor berita hangat, sekali terfitnah insan yang sebenarnya baik hati..

    ReplyDelete

Powered by Blogger.