Like us for get Notifications

Pesanan Terakhir Allahyarham Tan Sri SM Salim Sebelum Meninggal, Hormatilah Pesanan Beliau Ini - AL FATIHAH



KUALA LUMPUR, 29 Dis (Bernama) -- Keluarga Allahyarham Tan Sri SM Salim berharap stesen radio dan badan penyiaran tempatan tidak menyiarkan lagu-lagu dendangan Allahyarham dalam tempoh terdekat.

Anak Allahyarham Shamsul berkata ini sebagai memenuhi amanat yang pernah ditinggalkan seniman itu semasa hayatnya supaya lagu-lagu nyanyiannya tidak disiarkan sekurang-kurangnya 30 hari atau sebaik-baiknya 44 hari selepas beliau meninggal dunia.

"Oleh itu kami berharap media tidak memainkan lagu Allahyarham sekurang-kurangnya dalam tempoh tujuh hingga 10 hari ini.

"(Namun) terpulang kepada budi bicara media untuk menyusun apa yang terbaik untuk arwah dan orang awam secara umum," katanya kepada pemberita di kediamannya di sini hari ini.

Shamsul berkata perkara itu pernah dibincangkan bersama bapanya yang pernah berpesan supaya lagu-lagu beliau tidak dimainkan selepas pemergiannya.

Namun Shamsul berkata ia adalah perkara subjektif kerana kebanyakkan hasil seni Allahyarham berada dalam simpanan media.

Allahyarham SM Salim, 88, menghembuskan nafas terakhir di kediamannya pada 5.45 petang hari ini kerana sakit tua.

Dalam satu temuramah dengan Utusan pada 2001, Allahyarham pernah membuat permintaan agar lagunya tidak dimainkan sekurang-kurangnya 30 hari atau sebaik-baiknya 44 hari.

"Janganlah mainkan lagu saya selama sekurang-kurangnya 30 hari atau sebaik-baiknya 44 hari selepas saya meninggalkan dunia ini."

"Bukan apa, kita yang hidup di atas bumi tidak tahu apa yang berlaku kepada orang yang meninggal dunia, jadi berikan sedikit ruang kepada mereka. Itulah yang saya harapkan,'' katanya dalam temuramah itu.

Sumber: BernamaUtusan
Pesanan Terakhir Allahyarham Tan Sri SM Salim Sebelum Meninggal, Hormatilah Pesanan Beliau Ini - AL FATIHAH Pesanan Terakhir Allahyarham Tan Sri SM Salim Sebelum Meninggal, Hormatilah Pesanan Beliau Ini - AL FATIHAH Reviewed by Tular Lagi on 9:34 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.