Like us for get Notifications

David Teo kena lempang dgn Mat Over [Punca Sebenar]

PUTRAJAYA -  Dialog Transformasi Nasional 2050 (TN50) Bersama Perdana Menteri - Segmen Penggiat Seni di Seri Perdana sini menjadi kecoh apabila pelakon Mat Over melempang penerbit, David Teo di hadapan Perdana Menteri.

Kejadian itu berlaku secara tiba-tiba apabila Mat Over meluru dari tempat duduk dan berjalan ke arah David dengan memberi amaran jangan bersikap kurang ajar di depan Najib Tun Razak.

Sebelum itu, David mempertikai gaya moderator, Datuk Rosyam Noor yang dikatakan tidak adil ke serta yang hadir kerana sering mempeluang bertanya di bahagian tertentu sahaja.

Rosyam pula meminta David jangan mempertikai caranya mengendalikan segman sembang itu dan menasihat penerbit itu agar menjaga adab di depan Perdana Menteri.

Mat Over yang datang meluru tiba-tiba melempang David hingga terjatuh di atas tetamu lain termasuk Ketua Pengarah Finas.

David dilihat cuba membalas tindakan Mat Over sebelum pihak polis dan beberapa rakan artis meleraikan pergaduhan itu sebelum kedua mereka dibawa keluar dari dewan.

David Teo kena lempang dgn Mat Over [Punca Sebenar] David Teo kena lempang dgn Mat Over [Punca Sebenar] Reviewed by Tular Lagi on 12:44 AM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.